YAMAHA Tracer 9GT (2026) Serba Baharu Lancar Di Malaysia, RM 71,888!

Yamaha Tracer 9GT (2026) menjadi model pertama yang dilancarkan oleh Yamaha Motor Malaysia pada 2026 dan menurut syarikat itu, turut menggariskan hala tuju strategik dan visi Yamaha bagi pasaran tempatan

PELANCARAN

1/30/20261 min read

SELEPAS kira-kira 4 tahun di pasaran, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan kemas kini untuk model 'Sport touring' aras tingginya di pasaran tempatan menerusi pelancaran Yamaha Tracer 9GT (2026) serba baharu, hari ini.

Apa yang menarik, ia adalah model pertama yang dilancarkan oleh Yamaha Motor Malaysia pada 2026 dan menurut syarikat itu, turut menggariskan hala tuju strategik dan visi Yamaha bagi pasaran tempatan.

Dan Yamaha Tracer 9GT (2026) yang dikatakan sebagai evolusi kepada model Sport touring jenama itu diumumkan pada harga yang boleh dianggap menarik, RM 71,888.

Harga berkenaan seperti biasa adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Dua pilihan warna tersedia iaitu:

  • Ceramic Ice

  • Tech Black

Dari sudut rekaan, penampilan Yamaha Tracer 9GT (2026) sekali pun secara asas nampak sama mempunyai banyak perbezaan terutama di bahagian depan (fairing) menerusi sistem pencahayaan yang lebih maju.

Turut menarik, ia turut menggnakan subframe yang baharu yang kini 50 mm lebih panjang, memberikan ruang duduk yang lebih luas dan selesa untuk pembonceng.

Ia kini menampilkan sistem lampu depan Matriks yang menggabungkan sistem kamera dan menariknya teknologi itu melaraskan lampu LED individu secara automatik bagi mengoptimumkan pencahayaan berdasarkan keadaan trafik sekeliling.

Selain itu, visor angin juga memiliki ciri laras secara elektrik.

Bahagian panel meter juga mengalami perubahan apabila ia kini menggunakan TFT warna penuh 7 Inci baharu yang memiliki ciri sambungan ke telefon pintar menerusi Y-Connect dan navigasi Garmin.

Sistem Yamaha Ride Control (YRC) juga diperbaharu dengan penunggang boleh menyesuaikan karakter enjin intervensi elektronik mengikut kegemaran individu atau keadaan jalan yang berbeza.

Beberapa perubahan lain termasuklah penggunaan generasi ketiga Quickshifter dan Sistem Kunci Pintar yang lebih bijak.

Ulas trenkuasa, Yamaha Tracer 9GT (2026) dipadankan dengan enjin 890 cc, 3 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 117 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.

Dan berada di semua cawangan pengedar Yamaha Big Bikes seluruh negara.