YAMAHA XMax (2025) Versi Kemas Kini Lancar Di Malaysia, RM 24.9k!

PELANCARAN

5/8/20251 min read

YAMAHA Motor Malaysia seperti dijangka melancarkan versi naik taraf skuter maxi popularnya, Yamaha XMax (2025) untuk pasaran tempatan sempena Malaysia Autoshow 2025, hari ini.

Apa yang menarik, pelancaran model yang mendapat beberapa kemas kini menarik itu tidak perlu menunggu masa yang lama untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan selepas diumumkan di pasaran global, awal tahun ini.

Dari sudut penampilan, Yamaha XMax (2025) sememangnya cukup sama seperti versi terdahulu termasuk dari sudut trenkuasa.

Dan antara penambah baikkan yang paling ketara terhadap Yamaha XMax (2025), ialah penggunaan visor angin yang kini boleh laras secara elektrik, panel meter baharu TFT berwarna - LCD bersaiz 4.2 inci dan 3.2 inci.

Turut mengalami perubahan adalah reka bentuk bahagian lampu isyarat kini diperbesarkan bagi ciri aerodinamik yang lebih baik.

Selain itu, sistem Kawalan Cengkaman turut ditala semula bagi memberikan tindak balas lebih cekap selain rekaan ekzos yang sedikit berbeza berbanding versi sebelumnya.

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Yamaha XMax (2025) kekal dengan enjin 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi Automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah 22.5 Hp @ 7,000 rpm dengan tork 24.3 Nm @ 5,500 rpm.

Bersama harga asas RM 24,888, dua pilihan warna diumumkan untuk Yamaha XMax (2025) iaitu Icon Red dan Ceramic Grey.

Seperti biasa, jaminan pengeluar adalah selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu).