YAMAHA Y15ZR 'YSuku' Dapat Warna Baharu, Ada Varian SE, Bermula RM 8,998!

Selepas lebih 10 tahun berapa di pasaran, Yamaha Motor Malaysia terus mengemas kini penawaran untuk kapcai super popularnya, Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali 'YSuku' bagi versi 2026

TERKINI

7/6/20261 min read

YAMAHA Motor Malaysia terus mengemas kini penawaran untuk kapcai super popularnya, Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali 'YSuku' bagi versi 2026 menerusi penawaran warna baharu yang katanya lebih menarik.

Bagi varian Yamaha Y15ZR standard, ia kini datang dengan pilihan warna baharu iaitu Cyan Jade menggantikan pilihan Mecha Green. Begitupun, pilihan warna Aqua Violet dan Blue Spark masih dikekalkan dalam katalog.

Dan harga yang disyorkan oleh Yamaha Motor Malaysia adalah RM 8,998 (asas), tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sementara itu, Yamaha Y15ZR versi Special Edition (SE) juga hadir dengan pilihan warna eksklusif yang baharu iaitu Royal Maroon.

Sebagai versi istimewa, Yamaha Y15ZR SE didatangkan dengan 'Sports Visor' eksklusif dan Yamaha Premium Basket yang lengkap dengan port pengecas USB Type-C terbina dalam. Selain itu, dari sudut estetika, ia turut dipadankan dengan bersama rim bewarna Gold.

Dan harga jualan yang disyorkan adalah RM 9,498 (asas) sebelum ia tiba di cawangan pengedar.

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Yamaha Y15ZR masih mengekalkan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC bersama transmisi 5 kelajuan klac manual.

Kuasa dihamburkan sekitar 15 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Info lain adalah seperti suspensi menggu akan fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang), brek cakera (depan/belakang), tinggi pelana 780 mm, set roda 90/80-17 (depan), 120/70-17 (belakang), tangki bahan api 4.2 liter dan berat 117 kg.

Seperti biasa, setiap pembelian turut didatangkan dengan Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.