YAMAHA YZF-R25 (2024) Di Malaysia Dapat Warna Baharu, Harga Kekal RM 22.9k!

TERKINI

3/4/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia, hari ini mengumumkan pilihan warna baharu untuk model 'Sportbike' suku liter popularnya Yamaha YZF-R25 (2024) yang didakwa lebih menarik dan 'Sporty'.

Pilihan warna terbaharu yang ditawarkan di pasaran itu adalah Glacier White manakala pilihan terdahulu iaitu Racing Blue dikekalkan.

Dan menariknya, turut dikekalkan adalah harga jualan asasnya iaitu RM 22,998 (tak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insuran).

Sebagai info, Yamaha YZF-R25 di Malaysia ketika ini sudah pun memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran serta sistem lampu LED penuh, ciri yang diperkenalkan bermula pada tahun 2022 lagi.

Di bahagian trenkuasa, Yamaha YZF-R25 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 35.5 Hp pada 12,000 rpm dengan Tork 22.6 Nm pada 10,000 rpm.

Kepada yang berminat, Yamaha YZF-R25 (2024) ini akan mula berada di cawangan pengedar sah HLYM bermula esok hari ini (4 Mac 2024).

Seperti biasa, setiap pembelian datang dengan kunci cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100.