YAMAHA YZF-R25 (2025) 'Gen' Baharu Tiba Di Malaysia, RM 24k!

Dari sudut rekaan, Yamaha YZF-R25 (2025) didakwa tampil dengan perwatakan lebih 'bersih', agresif dan moden yang dalam bahasa mudahnya, lebih sedap mata memandang

PELANCARAN

10/22/20251 min read

YAMAHA Motor Malaysia menjelang Grand Prix (GP) Malaysia 2025 membuat kejutan apabila melancarkan generasi terbaharu 'Sportbike' suku liter popularnya, Yamaha YZF-R25 (2025) yang tampil dengan pelbagai perubahan terutama dari sudut rekaan.

Membuat kemunculan global pada penghujung tahun lalu menerusi model R3 di Eropah, Yamaha YZF-R25 (2025) menurut Yamaha memiliki rekaan yang lebih menarik dan mengikuti 'lenggok' 'saudaranya' dalam segmen 'R' yang lain.

Lebih istimewa, pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha yang hadir pada majlis MotoGP Meet & Greet di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Sebelum pergi lebih jauh, Yamaha YZF-R25 (2025) ditawarkan pada harga asas bermula RM 23,098.

Pilihan warna ditawarkan ada dua iaitu:

  • Pearl Blu

  • Racing Blue

Dari sudut rekaan, Yamaha YZF-R25 (2025) didakwa tampil dengan perwatakan lebih 'bersih', agresif dan moden yang dalam bahasa mudahnya, lebih sedap mata memandang.

Paling menarik selain rekaan panel yang lebih bersegi pastinya di bahagian lampu utama yang kini mengikuti 'saudaranya' yang lain dan diposisinya di bahagian tengah dan diapit lampu siang (DRL) yang lebih ramping dan 'menjeling'.

Selain itu, rekaan panel sisi juga dikatakan lebih ramping, pelana dengan rekaan baharu yang katanya menambah keselesaan ketika menunggang.

Dari sudut trenkuasa, Yamaha YZF-R25 (2025) dipadankan dengan enjin 249 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan padanan transmisi 6 kelajuan klac manual dan lengkap dengan sistem Assist & Slipper.

Kuasa yang dihasilkan adalah 35.5 Hp pada 12,000 rpm dan tork sekitar 22.6 Nm pada 10,000 rpm. Apa yang menarik, sekali pun menggunakan trenkuasa yang sama, angka kuasa itu turut menunjukkan peningkatan berbanding 35.4 Hp untuk versi terdahulu.

Selain itu, generasi terbaharu Yamaha YZF-R25 (2025) ini 3 kg lebih ringan berbanding generasi terdahulu.

Info lain:

  • Panel meter jenis digital LCD dan lengkap dengan ciri Yamaha Y-Connect

  • Set roda 110/70-17 (depan), 140/70-17 (belakang)

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran

  • Suspensi depan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang)

  • USB Type-A

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

  • Tinggi pelana 780 mm

  • Tangki bahan api 14 liter

  • Berat 166 kg