YAMAHA YZF-R9 Rasmi Di Malaysia, RM 68k!

Tampil dengan rekaan yang cukup garang mengikuti lenggok 'abangnya' R1, Yamaha YZF-R9 (2026) dipacu enjin CP3 yang terkenal bersesaran 890 cc, 3 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan

PELANCARAN

10/29/20261 min read

SEPERTI jangkaan, Yamaha Motor Malaysia meningkatkan penawarannya dalam segmen 'big bike' apabila melancarkan model 'Sportbike' yang beraksi di pentas WSBK, Yamaha YZF-R9 (2026) bersama harga pengenalan RM 68,000.

Seperti biasa, angka yang diumumkan adalah asas (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran), dan dijadual mula tiba di cawangan pengedar Yamaha BLU Universe pada Januari ini.

Satu pilihan warna ditawarkan iaitu Icon Blue.

Tampil dengan rekaan yang cukup garang mengikuti lenggok 'abangnya' R1, Yamaha YZF-R9 (2026) dipacu enjin CP3 yang terkenal bersesaran 890 cc, 3 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan.

Kuasa dihamburkan sebesar 119 PS pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.

quickshifter dwi-mod. Menariknya, tetapan Mod 2 direka khusus untuk kegunaan di litar, membolehkan penunggang menurunkan gear ketika memecut dan menaikkan gear ketika membrek di selekoh.

Dari segi pengendalian, Yamaha YZF-R9 menggunakan kerangka aluminium Deltabox seberat 9.7 kilogram (kg) sahaja, menjadikannya kerangka aluminium paling ringan pernah digunakan Yamaha pada model 'Sportbike'.

Dari aspek elektronik, Yamaha YZF-R9 dikawal Unit Pengukuran Inersia (IMU) 6 paksi yang menyokong sistem kawalan cengkaman responsif-condongan, kawalan gelinciran, kawalan roda depan dan kawalan brek.

Suspensi dijana fork depan jenis terbalik (USD) KYB 43 milimeter (mm) di bahagian depan dan penyerap hentak belakang KYB yang boleh dilaras sepenuhnya.

Tugas membrek diberikan kepada angkup monobloc Brembo Stylema (depan). Dan seperti jentera MotoGP, ia turut dilengkapi winglet gaya MotoGP yang diuji di terowong angin bagi menghasilkan downforce dan meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Penunggang boleh melaras tetapan ini menerusi Yamaha Ride Control dan sebelum terlupa, ia turut dilengkapi sistem launch control.

Bagi peminat litar, Yamaha YZF-R9 menyokong aplikasi telefon pintar Y-TRAC Rev bersama Yamaha Y-Connect yang membenarkan penunggang merekod masa pusingan dan analisis tunggangan.

Ia boleh diakses menerusi panel metercjenis TFT berwarna bersaiz 5 inci yang bukan sahaja memaparkan maklumat penting, tetapi turut bertindak sebagai 'papan pit maya' bagi membolehkan kru pasukan menghantar arahan terus kepada penunggang ketika di litar.