YAMAHA YZR-M1 V4 Jangka Buat Penampilan Di GP Malaysia 2025

Selepas San Marino di Misano, tumpuan kini beralih kepada kemungkinan kemunculan semula jentera Yamaha YZR-M1 V4 di Grand Prix Malaysia pada penghujung Oktober nanti

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/25/20251 min read

PENGELUAR Jepun, Yamaha dikatakan akan menjadikan Grand Prix (GP) Malaysia 2025 sebagai medan kedua untuk menguji jentera Yamaha M1 dengan konfigurasi V4 ketika perlumbaan sebenar.

Jentera Yamaha M1 V4 membuat penampilan sulung di Misano, Itali pada bulan ini dan ia jelas menjadi perhatian. Ditunggang pelumba ujian, Augusto Fernandez kelibat jentera berkenaan disahkan tidak akan ada di GP Jepun di Motegi hujung minggu ini.

Sebaliknya, tumpuan kini beralih kepada kemungkinan kemunculan semula jentera Yamaha M1 V4 di Grand Prix Malaysia pada penghujung Oktober nanti.

Sekalipun menghadapi beberapa isu teknikal seperti penggunaan bahan api yang tinggi, masalah klac dan getaran, Fernandez menyifatkan jentera baharu itu mempunyai potensi besar untuk masa depan.

Pengurus Pasukan Monster Energy Yamaha, Maio Meregalli, keputusan untuk tidak membawa Yamaha M1 V4 ke Motegi dibuat kerana pasukan itu mahu menguji jentera itu dalam keadaan ekstrem.

Justweru, sepang dipilih sebagai lokasi seterusnya kerana cuaca panas dan kelembapan tinggi di Malaysia mampu memberikan tekanan tambahan kepada jentera baharu itu, memetik laporan GPOne.

“Kami sedang pertimbangkan wildcard di Sepang kerana ia projek baharu dan kami perlukan sebanyak mungkin data. Cuaca ekstrem di Malaysia akan bantu kami uji ketahanan jentera,” kata Meregalli ketika GP San Marino.

Ketika ini, pelumba utama Yamaha seperti Fabio Quartararo dan Alex Rins sudah pun menjalani ujian rasmi bersama jentera Yamaha M1 V4 di San Marino.