YAMAHA YZR-R1 Juara Dunia WorldSBK 2021 Tiba Di Garaj Toprak Razgatlioglu!

Toprak Razgatlioglu ketika sedang memburu gelaran dunia WorldSBK bersama pasukan BMW Motorrad dan sedang memimpin carta kejuaraan dengan mengumpul 523 mata berbaki dua pusingan termasuk di Estoril, Portugal minggu ini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/9/20251 min read

PENANTIAN panjang jaguh WorldSBK Turki, Toprak Razgatlioglu akhirnya berakhir apabila jentera jentera Yamaha R1 yang membawanya ke puncak kejuaraan dunia WorldSBK pada 2021 akhirnya berada dalam garajnya.

Berkongsi detik bersejarah itu di media sosial, Razgatlioglu menyifatkan hadiah berkenaan sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

“Saya sudah menunggu jentera kejuaraan pertama saya selama tiga tahun, dan akhirnya ia berada di rumah. Saya amat berterima kasih kepada Yamaha kerana menjadikan ia satu memori yang tidak dapat dilupakan,” tulis Razgatliogludi Instagram sambil memuat naik gambar bersama jentera bersejarah itu.

Jentera Yamaha R1 itu adalah motosikal yang digunakan Toprak ketika menewaskan juara bertahan Jonathan Rea dalam pertarungan sengit musim 2021, yang berakhir dramatik di pusingan terakhir di Indonesia.

Toprak ketika sedang memburu gelaran dunia WorldSBK bersama pasukan BMW Motorrad dan sedang memimpin carta kejuaraan dengan mengumpul 523 mata berbaki dua pusingan termasuk di Estoril, Portugal minggu ini.

Pencabar terdekatnya, Nicolo Bulega dari Ducati mengekori rapat dengan mengumpul 487 mata.