YOHE Helmets Rasmi Di Malaysia!
Kehadiran YOHE Helmets yang juga jenama pengeluar topi keledar atau helmet utama China di pasaran Malaysia adalah menerusi edaran eksklusif Hodaka Motoworld
TERKINI
4/14/20262 min read


YOHE Helmets, salah satu daripada jenama pengeluar topi keledar atau helmet utama China secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan kehadirannya menerusi edaran eksklusif Hodaka Motoworld Sdn. Bhd.
Sebagai antara pengeluar utama, helmet yang dihasilkan YOHE diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik.
Lebih penting, helmet keluaran YOHE lulus ujian pensijilan terkini, termasuk standard ECE R22.06 yang ketat, selain DOT, JIS, NBR, dan CCC.
Sebagai permulaan, YOHE Helmets Malaysia mempertaruhkan empat model iaitu:
1. YOHE 868-2 – RM 319 (warna tanpa grafik) / RM339 (dengan grafik)
- Topi keledar jet generasi baharu yang direka untuk merapatkan jurang antara kepraktisan helmet muka terbuka dan perlindungan helmet muka penuh. Visor tebal 2.2 mm, visor matahari, cangkerang ABS 2 saiz - XS hingga M dan L hingga XXXL, gegelang D.
2. YOHE 886 – RM 339 (warna tanpa grafik) / RM 379 (dengan grafik)
- Topi keledar jet gaya sukan yang direka untuk kepraktisan muka terbuka dan keselesaan kelajuan tinggi di kawasan bandar. Dihasilkan bentuk kepala Asia. Cangkerang ABS 2 saiz - XS hingga M dan L hingga XXXL.
3. YOHE P4 – RM 439 (tanpa grafik) / RM 479 (dengan grafik)
- Helmet jenis modular 'flip-up' muka penuh yang memiliki paiwaian P/J – sebagai helmet 'full face' dan jet. Pelindung dagu boleh dikunci dalam posisi terbuka. Cangkerang ABS 2 saiz - XS hingga M dan L hingga XXXL dan guna gegelang D berganda.
4. YOHE FG102SV – RM 1,199 (Glossy Carbon/Black sahaja)
- Topi keledar modular kembara (adventure), yang memberikan perlindungan menyeluruh untuk kepala penunggang, termasuk dagu dan rahang. Helmet ini dibina menggunakan struktur cangkerang komposit gentian karbon 6K, digabungkan dengan pelbagai lapisan bahan penyerap hentakan.
Pengarah Urusan Hodaka Motoworld, James Lim menjelaskan prinsip YOHE Helmets sangat sejajar dengan falsafah, moto dan penekanan rasmi Hodaka Motoworld iaitu 'Perlindungan Tunggangan Motosikal Terunggul'.
"Keempat-empat model topi keledar yang kami lancarkan membolehkan mana-mana penunggang yang datang ke tempat kami atau pengedar kami mendapat pilihan perlindungan terbaik dari kepala hingga ke kaki," kata James.
"Kami sedar yang perlindungan kepala adalah aspek yang paling penting. Oleh itu, kami memutuskan untuk menetapkan harga helmet YOHE pada titik harga yang sangat menarik dan berpatutan, supaya semua penunggang dapat menerima perlindungan kepala terbaik yang mampu milik."











