ZAQHWAN Zaidi Sah Tak Beraksi di Donington Park
Tiada kelibat pelumba WorldSBK negara, Zaqhwan Zaidi di Pusingan 7 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 yang berlangsung di Donington Park, UK pada 11 hingga 13 Julai ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/4/20251 min read


PELUMBA WorldSBK negara, Zaqhwan Zaidi sah tidak akan beraksi di Pusingan 7 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 di Donington Park, UK pada 11 hingga 13 Julai ini.
Pasukannya, PETRONAS MIE Racing Honda dalam satu kenyataan berkata ketiadaan pasukan itu adalah disebabkan penyertaan pelumba itu di Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Motegi, Jepun pada tarikh yang sama.
Tempat bekas pelumba Moto2 negara itu akan digantikan oleh pelumba kelahiran Portugal, Ivo Lopez.
Sementara itu, pasukan itu turut akan membariskan bekas juara dunia Moto2, Tito Rabat bagi menggantikan tempat Tarran Mackenzie yang memutuskan untuk tidak lagi beraksi bersama pasukan itu.
