ZK RACING Tayang 'Liveri' Baharu Jentera Honda NSF250R Latihan 2024

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/10/20241 min read

ZK RACING, hari ini menayangkan 'Liveri' baharu jentera yang akan digunakan lima pelumba di bawah pasukan pengurusan program pelumba pembangunan bakat SIC itu.

Kelima-lima jentera itu dipadankan dengan skema warna baharu gabungan putih dan merah lengkap dengan logo SIC Racing di bahagian sisi dan Honda di bahagian bawah.

Sebagai info, jentera yang digunakan untuk latihan adalah jentera Honda NSF250R.

Turut bergambar bersama jentera berkenaan adalah Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.

Menurut ZK Racing, jentera berkenaan akan digunakan lima pelumbanya yang dijadual beraksi di FIM JuniorGP World Championship (JrGGP) dan Asia Talent Cup (ATC) musim 2024.

Di JrGP yang dijadual berlangsung di Eropah, ZK Racing akan memiliki dua pelumba iaitu Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Shahril.

Manakala di ATC, lima pelumba yang bakal membawa cabaran negara adalah Asyraff Zaquan, Ahmad Darwisy, dan Farish Hafiy.

Tetapi apa yang mengecewakan, tiada pelumba negara beraksi secara semusim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.