ZONTES 368G ADV (2025) Lancar Di Malaysia Awal Januari, Harga Bawah RM 30k?
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/31/20242 min read
SYARIKAT pengeluar motosikal China, Zontes membuat debut skuter bergaya 'Adventure' popularnya, Zontes 368G ADV di beberapa pameran motosikal utama tahun ini dan seperti jangkaan, ia menerima sambutan cukup baik.
Tampil dengan gaya serta rekaan ala motosikal lasak, yang mungkin 'disedut' daripada model popular dari pengeluar Jepun seperti X-ADV, ramai peminat mula mengharapkan kehadirannya di pasaran tempatan.
Dan selepas Zontes Malaysia membuka tempahannya, skuter berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh akan dilancarkan tidak lama lagi.
Apa yang lebih menarik, penantian itu dikatakan tidak begitu lama iaitu pada bulan pertama tahun 2025.
Lebih mengujakan, Zontes 368G ADV dikatakan akan memasuki pasaran dengan harga di bawah RM 30k.
Mengulas ringkas trenkuasa, Zontes 368G ADV seperti namanya dijana enjin bersesaran 368 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 38 Hp pada 7,500 rpm dan tork 40 Nm pada 6,000 rpm.
Dengan trenkuasa yang dikatakan dibangunkan sendiri oleh Zontes itu, Zontes 368G ADV dikatakan mampu kelajuan lebih 130 km/j.
Dua mod menunggang tersedia iaitu Eco dan Sport. Apa yang menarik, jika rpm mencapai angka 7,000 rpm, ia akan beralih ke mod Sport secara automatik.
Ciri-ciri menariknya adalah seperti:
Kamera depan/belakang dengan sensor Sony STARVIS CMOS yang berupaya merakam video 1080p HD bersama storan 128GB.
Panel meter LCD IPS TFT berwarna 8 Inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar dan interkom helmet.
TPMS (tyre pressure monitoring system)
Sistem Kawalan Traksi (Traction control)
Visor angin boleh laras (5 tetapan) manual
Lampu kabus.
Pemanas grip bar hendal.
Sistem tanpa kunci.
Penutup tangki bahan api dibuka/tutup elektronik.
Sistem lampu LED penuh termasuk DRL (lampu siang).
Lengkap 'Crash bar' (pelindung enjin) dan 'Handguard' (pelindung tangan)
Port pengecas USB Type-A dan Type-C pantas.