ZONTES Malaysia Tak Akan Tunggu Lama Lancar Zontes 552G
Menurut Zontes Malaysia, sejurus Zontes 552G dilancarkan dengan jangkaan pada tahun ini, pihak pengedar eksklusif jenama China otu menjangkakan ia tidak akan menunggu masa yang agak lama untuk dilancarkan di pasaran tempatan
TERKINI
10/4/20261 min read


ZONTES Malaysia enggan menunggu lama untuk membawa masuk antara model skuter yang menjadi perhatian ketika ini, Zontes 552G.
Itu perkembangan menarik buat peminat skuter bergaya 'Adventure' yang berjaya 'menggegarkan' industri automotif ketika acara EICMA pada tahun lalu.
Mengesahkan merancang untuk membawa masuk Zontes 552G pada tahun depan, begitupun tiada tarikh pelancaran dapat diumumkan kerana skuter berkenaan masih belum dirasmikan di negara asalnya China.
Tetapi sejurus ia dilancarkan dengan jangkaan pada tahun ini, pihak pengedar eksklusif Zontes di Malaysia menjangkakan ia tidak akan menunggu masa yang agak lama untuk dilancarkan di pasaran tempatan.
Dari sudut penampilan, Zontes 552G tampil dengan rekaan ala skuter bergaya ADV popularnya yang cukup popular, Zontes 368G namun dengan komponen lebih premium dengan enjin lebih berkuasa.
Bercakap mengenai kuasa, Zontes 552G dipadankan dengan enjin bersesaran 513 cc, 2 Silinder Sebaris yang menghamburkan kuasa sebesar 51 Hp dan tork 56 Nm.
Antara ciri-ciri menarik termasuklah sistem lampu LED penuh, panel meter TFT, Kamera Pemantau (Depan/belakang), rim 17 inci (depan) dan 15 Inci (belakang) ABS dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
Ketika pengumumannya buat pertama kali di Eicma 2026, Zontes 552G dilaporkan menawarkan tangki bahan api berkapasiti 20L berdasarkan dokumen kelulusan jenis (VTA) yang difailkan di China.

