ZONTES Malaysia Umum 3 Model Di MAS25, Tempahan Dah Dibuka!
PELANCARAN
5/14/20252 min read


ZONTES Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 mengumumkan kehadiran tiga model baharu yang dirancang untuk memasuki pasaran tempatan pada tahun ini yang membabitkan dua model skuter dan sebuah model 'Adventure touring'
Dua model skuter yang diumumkan adalah Zontes 368D (2025) dan Zontes 368E (2025), model pelengkap kepada skuter bergaya 'Adventure', Zontes 368G.
Dan menariknya, syarikat pengeluar motosikal dari China itu turut mengumumkan kehadiran model Zontes 703F (2025) yang diposisikan dalam segmen 'Adventure touring'.
Tiada pengumuman harga rasmi dilakukan dengan harga anggaran adalah seperti berikut:
Zontes 368D - Bawah RM 25,000
Zontes 368E - Bawah RM 27,000
Zontes 703F - Bawah RM 40,000
Sempena majlis pengenalan dan pengumuman harga, pihak Zontes Malaysia turut menyatakan yang tempahan untuk ketiga-tiga model sudah pun dibuka.
Zontes 368D
Sebagai model naik taraf kepada Zontes 350D yang tiba di pasaran lebih awal, perbezaan paling ketara Zontes 368D (2025) bukanlah di bahagian rekaan tetapi di bahagian trenkuasanya.
Menggunakan enjin baharu 368 cc (349 cc untuk 350D), 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, kuasa yang dihasilkan Zontes 368D (2025) lebih padu iaitu 38 Hp bersama tork 40 Nm.
Selain itu, ia juga jauh lebih ringan berbanding model terdahulu dengan berat hanya 175 kg.
Ciri-ciri:
Panel meter TFT 6.75 inci
Kamera pemuka depan dan belakang
Visor angin boleh laras elektrik
Port pengecas USB
Brek parkir automatik
Lampu LED penuh
Sistem kunci pintar
Brek J.Juan
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Sistem Kawalan Traksi (TCS)
Jarak lega bumi 150 mm
Pilihan Warna: Matte Black, Matte Silver, Grey
Zontes 368E (2025)
Berbanding Zontes 368D, Zontes 368E (2025) adalah model dengan penampilan lebih besar dan digemari peminat penjelajahan.
Dipadankan dengan enjin yang sama dengan Zontes 368D (2025), antara perbezaan lain yang ketara adalah membabitkan kapasiti tangki bahan api (17 liter), ruang simpanan bawah pelana besar yang mampu memuatkan dua helmet XXL, memiliki pemanas grip dan berat (193 kg).
Ciri-ciri:
Panel meter TFT 6.75 inci
Kamera pemuka depan dan belakang
Visor angin boleh laras elektrik
Port pengecas USB
Brek parkir automatik
Lampu LED penuh
Sistem kunci pintar
Brek J.Juan
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Sistem Kawalan Traksi (TCS)
Jarak lega bumi 150 mm
Pilihan warna: Matte Black, Pearl White, Matte Silver Blue
Zontes 703F (2025)
Selain dua model skuter dalam keluarga 368, Zontes Malaysia turut menayangkan motosikal 'Adventure touring' terbaharu jenama itu Zontes 703F (2025).
Sekalipun bukan model 'Adventure' pertama jenama China itu, Zontes 703F (2025) adalah paling besar dan berkuasa setakat ini.
Dipadankan dengan enjin 699 cc, 3 Silinder Sebaris, ia menghasilkan kuasa sebesar 93 Hp dan tork 75 Nm.
Ciri-ciri:
Panel meter TFT 6.75 inci
Kapasiti tangki bahan api 22 liter
Sistem suspensi Marzocchi boleh laras
Ada Kamera pemuka depan dan belakang
Visor angin boleh laras elektrik
Port pengecas USB
Lampu LED penuh
Sistem kunci pintar
Brek J.Juan
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Sistem Kawalan Traksi (TCS)
Dua varian tayar:
19 inci - jarak tinggi bumi 190 mm, tinggi pelana 830 mm
21 inci - jarak tinggi bumi 205 mm, tinggi pelana 845 mm
Pilihan Warna: Mech Grey, Black Gold
Menurut Zontes Malaysia, ketiga-tiga model menyokong aplikasi Zontes Smart App yang mengandungi maklumat kenderaan, sejarah tunggangan, diagnostik dan pebagai lagi perkara.














