ZXMOTO 500RR Mula Tiba Di Bilik Pameran Minggu Ini

ZXMoto Malaysia menjelaskan proses pengeluaran bagi kumpulan pertama ZXMoto 500RR kini sedang giat berjalan dan penghantaran unit akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua rangkaian pengedar sah ZXMoto Malaysia di seluruh negara

TERKINI

10/2/20261 min read

ZXMOTO Malaysia mengumumkan perkembangan menggembirakan buat peminat motosikal 'Sportbike' menariknya yang dipadankan dengan 4 Silinder Sebaris, ZXMoto 500RR mula memasuki cawangan pengedar sah bermula minggu ini.

Menurut ZXMoto, proses pengeluaran bagi kumpulan pertama kini sedang giat berjalan dan penghantaran unit akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua rangkaian pengedar sah ZXMoto Malaysia di seluruh negara.

Justeru, pelanggan yang sudah membuat tempahan awal dinasihatkan untuk mula menghubungi pengedar sah ZXMMoto masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status tempahan, ketibaan unit, serta urusan penyerahan motosikal.

Dalam perkembangan berkaitan, ZXMoto Malaysia turut membawa khabar gembira apabila mengesahkan kumpulan pertama bagi dua lagi model keluarannya, iaitu ZXMoto 500F dan ZXMot 820RR, dijadualkan mula menembusi pasaran tempatan pada penghujung Oktober ini.

Menurut syarikat itu, ketibaan ketiga-tiga model berkenaan menandakan satu lagi kejayaan dan penanda aras penting buat jenama ZXMOTO di Malaysia, terutama selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan.

Selain rekaan yang menarik, turut membuatkan ZXMoto 500F (2026) mengujakan adalah teknologi dan trenkuasanya iaitu enjin 470 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac 'slipper'.

Kuasa berada pada angka 73.4 Hp 11,000 rpm dan tork 48 Nm pada 9,500 rpm.

Turut mengujakan adalah ZXMoto 500RR dikatakan mampu dikerah sehingga kelajuan maksima sekitar 235 km/j dengan jarak 0-100 km/j sekitar 3.4 saat.

Seperti 'abangnya' ZXMoto 820RR, ZXMoto 500RR turut dilengkapi pelbagai ciri elektronik menarik termasuk 6-Axis IMU yang mengawal Cornering ABS, TCS serta 4 mod tunggangan – Sport, Street, Beginner dan Custom.