ZXMOTO 820RR, 500F Mula Dipasang, Dijadual Tiba Di Bilik Pameran Hujung Bulan Ini
Bukan sekadar khabar angin, perkembangan menarik membabitkan ZXMoto 500F dan ZXMoto 820RR itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi MForce Bike, Asri Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian premis pusat jualan dan pameran MForce Smartshop Kepala Batas
TERKINI
10/14/20261 min read


SELEPAS ZXMoto 500RR, penantian peminat jentera dua roda tempatan terhadap 2 model keluaran ZXMoto bakal berakhir apabila MForce Bike menyasarkan edarannya ke pasaran akan bermula penghujung bulan ini.
Bukan sekadar khabar angin, perkembangan menarik itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi MForce Bike, Asri Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian premis pusat jualan dan pameran MForce Smartshop Kepala Batas, baru-baru ini.
Menurut Asri, model bergaya retro ZXMoto 500F dan model supersport berprestasi, ZXMoto 820RR akan mula memasuki barisan pengeluaran dalam masa terdekat.
Katanya, kerja-kerja pemasangan unit tempatan (CKD) bagi kedua-dua jentera yang dinanti-nantikan itu akan mula berjalan di kilang pemasangan utama Mforce di Pulau Pinang.
Dan jikasemua urusan dan proses pengeluaran berjalan lancar mengikut jadual, stok pengenalan bagi dua model itu akan mula diagihkan ke seluruh rangkaian pengedar sah pada suku keempat pada bulan ini.
Pendedahan status terkini itu dibuat oleh Asri susulan pertanyaan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan model itu selepas model ZXMoto 500RR sudah mula tiba ke tangan pembeli.
Sebagai rekod, ketiga-tiga daripada ZXMoto ini mula mencuri tumpuan ramai apabila dipertontonkan buat julung kalinya kepada umum pada acara Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS, Serdang.
Susulan penampilan sulung yang mendapat maklum balas positif itu, pelancaran rasmi jenama berkenaan kemudiannya diadakan di ibu negara, dalam satu acara yang turut dihadiri oleh pengasas ZXMOTO sendiri iaitu Zhang Xue.

