ZXMOTO Menang Lagi!
Pasukan yang memacu jenama itu, EASTROC ZXMOTO Factory Evan Bros Racing sebelum ini turut meraih kemenangan berganda pada Pusingan 2 WSBK di Portugal juga menerusi Valentin Debise
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/2/20261 min read


PERLUMBAAN 1 WorldSSP Pusingan 4 WSBK 2026 di Hungary sekali lagi menyaksikan pengeluar China yang sedang tular, ZXMoto bergelar juara menerusi pelumbanya, Valentin Debise.
Debise dari Perancis yang berlumba bersama pasukan EASTROC ZXMOTO Factory Evan Bros Racing mempamerkan tunggangan terpuji untuk muncul juara dan menariknya, kejayaan itu diperoleh dengan memintas pendahulu perlumbaan, Can Oncu (Pata Yamaha Ten Kate Racing) pada sektor terakhir di pusingan terakhir.
Tindakan berani Debise itu turut diekori rapat oleh pelumba AS BLU CRU Racing Team, Albert Arenas yang mengambil kesempatan memintas Oncu di selekoh-selekoh terakhir sebelum garisan penamat.
Seperti diketahui, kemenangan di Balaton Park itu adalah yang ketiga buat ZXMoto yang kini sedang melakar sensasi dalam kempen penampilan sulung mereka di kejuaraan berprestij itu.
Pasukan itu sebelum ini turut meraih kemenangan berganda pada Pusingan 2 WSBK di Portugal juga menerusi Debise.

