ZXMOTO 'Serang' Segmen Kruiser, Lancar ZXMoto 600V Di CIMA 2026!
Pengenalan ZXMoto 600V (2026) dibuat di pentas CIMA 2026 dan sebagai model dari ZXMoto, ia hadir dengan pelbagai teknologi antaranya Kawalan Jelajah, Quickshifter dan menggunakan pendikit elektronik
TERKINI
9/25/20261 min read


SELEPAS menyerang segmen 'Sportbike' diikuti beberapa lagi segmen motosikal termasuk 'Adventure touring', pengeluar motosikal yang sedang viral di China, ZXMoto memperkenalkan jagoannya dalam segmen Kruiser, ZXMoto 600V (2026) di pentas CIMA 2026.
Bersaing dalam segmen yang cukup kompetitif, ZXMoto 600V yang tampil dengan pelbagai kelebihan selain diumumkan pada pada harga jualan RMB 27,980 (RM 16,987).
Sebagai info, harga yang diumumkan ZXMoto sebenarnya lebih mahal berbanding pencabarnya seperti VOGE CU625, Kove 625V dan Brixton 625V.
Begitupun sebagai model yang menggunakan lencana ZXMoto, ZXMoto 600V tampil dengan teknologi dan ciri-ciri menarik seperti Kawalan Jelajah, Quickshifter dan menggunakan pendikit elektronik.
Malah menariknya, salah 1 silinder enjin ZXMoto 600V boleh dimatikan seketika secara automatik dan direka untuk mengurangkan haba dan penjimatan bahan api. Dan menariknya, silinder itu akan kembali aktif sebaik pendikit dipulas.
Ulas trenkuasa, ZXMoto 600V dipadankan dengan enjin 578 cc, V-Twin, Penyejuk Cecair, Fi bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap 'Slipper Clutch' dan menggunakan pacuan tali sawat.
Kuasa dihamburkan pada angka 60 Hp @ 8,500 rpm tork 61 Nm pada 5,500 rpm.
Turut menarik adalah ZXMoto 600V turut memiliki 3 mod tunggangan (Rain, Road dan Sport) dan Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyahaktif.
Brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 320 mm dengan kaliper 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 piston (belakang) lengkap sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.
Suspensi menggunakan fork teleskopik jenis terbalik (USD) bersama penyerap hentak berkembar (belakang).
Info Lain:
Panel meter TFT berwarna
Lampu LED Penuh
Soket Pengecas Elekrtik
Set roda 130/70-17 (depan), 180/65-16 (belakang)
Tinggi pelana 765 mm
Tangki petrol 18 liter
Berat 195 kg

